kongsi pengalaman bersama usahawan

24 april 2015 | Berita Semasa

Selaras dengan seruan SKMM pihak Pi1M berusaha untuk mencari inisiatif bagi membuka peluang serta menyampaikan maklumat untuk menjadikan perniagaan sebagai punca pendapatan kepada masyarakat setempat. Pihak Pi1M telah bekerjasama dengan Puan Marahida untuk berkongsi pengalaman beliau kepada peserta yang berminat untuk menjadi usahawan. Beliau sudi berkongsi pengalaman serta memberi motivasi kepada peserta.