Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kuala Berang bermula dari pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Berang dan Sungai Terengganu.Sungai Berang bermula dari gunung padang dengan panjang nya lebih kurang 50km melalui kawasan perkelahan Belukar Bukit dan melalui kampung2 seperti Menerung,Pengkalan Ajal,Pasir Pelata,Kampung Buluh dan berakhir bermuarakan Sungai Terengganu.

Sungai Terengganu bermula dari sempadan Besut / Hulu Terengganu yang panjang nya lebih kurang 90km kebandar Kuala Berang tapi sebahagian besarnya adalah Tasik Kenyir dan Sungai Terengganu ini telah pun luput untuk selama2nya. Kampung2 yang paling hulu dilaluinya ialah Jenagor,Dura,Kuala Pueh,Temir dan kampung Gaung,dan disitu lah pertemuan antara Sungai Berang yang Kuala Berang mendapat namanya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM STRATEGI PEMASARAN DAN PENGHARGAAN USAHAWAN KECIL

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2024

Program ini diadakan untuk memberi taklimat kepada para usahawan kecil (peniaga Hijab) tentang cara untuk meningkatkan jualan dan cara meluaskan pasaran mereka terutamanya perniagaan menggunakan platform E-dagang...baca selanjutnya

PEDi FUNDAY ICT & STEM DIY CRAFT MAKER POPSTICK

Aktiviti Terkini | 12 Februari 2024

Program ini diadakan bagi menguji kemahiran berfikir para peserta dan juga memupuk kreativiti dalam menghasilkan sesuatu produk/menyiapkan hasilan Craft Maker Popstick....baca selanjutnya

PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PADU

Aktiviti Terkini | 1&2 Februari 2024

Pembukaan kaunter fizikal PADU oleh Pegawai Perangkaan Negeri Terengganu kepada semua komuniti di Kuala Berang...baca selanjutnya

KELAS SHOPEE AFFILIATE

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024

Membantu usahawan mendaftarkan perniagaan di Shopee dan menjadi Affiliate/dropship di Shopee....baca selanjutnya

PEMBUKAAN KAUNTER FIZIKAL PADU DAN KWSP

Aktiviti Terkini | 12 & 13 Januari 2024

Pembukaan kaunter fizikal PADU oleh Pegawai Perangkaan Negeri Terengganu dan juga kaunter perkhidmatan KWSP secara percuma dari Team KWSP Cawangan Kuala Terengganu kepada semua komuniti di Kuala Berang...baca selanjutnya

KELAS SHOPEE & TIKTOK

Aktiviti Terkini | 8 Januari 2024

Membantu usahawan mendaftarkan perniagaan di Shopee dan Tiktok ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti