MAJLIS BACAAN YASIN DI PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KUALA BERANG

3 Jun 2016 | Aktiviti Semasa

Pada 3 Jun 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Berang telah menganjurkan majlis bacaan Yasin sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba. Majlis ini bertujuan untuk mencari keberkatan dan mempermudahkan urusan seharian yang akan dijalankan di PI1M Kuala Berang.

Selain itu, majlis bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara penduduk komuniti setempat. Antara pengisian utama dalam program ini ialah majlis bacaan Yasin, promosi program dan latihan yang bakal diadakan pada tahun 2016 dan sedikit jamuan makan untuk para hadirin.