MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KUALA BERANG

28 Mei 2016 | Aktiviti Semasa

Kuala Berang, 28 Mei 2016, Masyarakat setempat di kawasan Kuala Berang kini berpeluang menikmati kemudahan internet jalur lebar secara kolektif melalui Pusat Internet 1Malaysia yang diwujudkan di Kuala Berang,Terengganu, di bawah inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Pusat Internet ini akan memberi peluang kepada komuniti di Kuala Berang untuk mempelajari teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dengan lebih mendalam melalui bengkel dan latihan yang disediakan, selain dapat menggunakan kemudahan internet jalur lebar dalam melaksanakan pelbagai urusan seharian mereka.

Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Kuala Berang tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato Jailani Johari pada 28 Mei 2016. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari perasmian tersebut antaranya adalah pameran produk usahawan Pi1M, taklimat maklumat Pi1M Di daerah Hulu Terengganu lain-lain lagi.