PROGRAM STRATEGI PEMASARAN DAN PENGHARGAAN USAHAWAN KECIL

Aktiviti terkini | 17 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Qiu’s Event House & Suite Stay, Kuala Berang

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan untuk memberi taklimat kepada para usahawan kecil (peniaga Hijab) tentang cara untuk meningkatkan jualan dan cara meluaskan pasaran mereka terutamanya perniagaan menggunakan platform E-dagang.
• Disamping itu juga, penghargaan turut diberikan kepada usahawan-usahawan yang telah berjaya meningkatkan jualan sehingga RM10k.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi ilmu pengetahuan tentang cara meningkatkan jualan dan strategi pemasaran.
• Memberi penghargaan kepada usahawan-usahawan supaya mereka terus komited untuk meluaskan pasaran perniagaan Hijab mereka.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta
• Taklimat strategi pemasaran oleh ‘Top Stokis’ Hulu Terengganu, Pn. Nor Qamariyah.
• Penyampaian penghargaan kepada usahawan yang berjaya mencapai target jualan.
• Acara permainan menghasilkan produk daripada tisu mengikut kreativiti usahawan-usahawan (Model Tisu).
• Acara jualan tudung Minaz dan Leeyana Rahman berlangsung.
• Hi Tea bersama Top Stokis, Agent-Agent dan juga Dropship.
• Sesi bergambar dan bersurai.


Kelebihan Aktiviti :
• Usahawan-usahawan dapat menambah ilmu pengetahuan dan memotivasikan diri masing-masing untuk komited dalam perniagaan mereka.
• Menghargai usaha usahawan yang telah berjaya dalam mencapai target dan memberi sumber inspirasi kepada usahawan lain untuk terus berjaya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :