Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kuala Berang bermula dari pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Berang dan Sungai Terengganu.Sungai Berang bermula dari gunung padang dengan panjang nya lebih kurang 50km melalui kawasan perkelahan Belukar Bukit dan melalui kampung2 seperti Menerung,Pengkalan Ajal,Pasir Pelata,Kampung Buluh dan berakhir bermuarakan Sungai Terengganu.

Sungai Terengganu bermula dari sempadan Besut / Hulu Terengganu yang panjang nya lebih kurang 90km kebandar Kuala Berang tapi sebahagian besarnya adalah Tasik Kenyir dan Sungai Terengganu ini telah pun luput untuk selama2nya. Kampung2 yang paling hulu dilaluinya ialah Jenagor,Dura,Kuala Pueh,Temir dan kampung Gaung,dan disitu lah pertemuan antara Sungai Berang yang Kuala Berang mendapat namanya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Jom kemaskini br1m bersama pi1m

30 Disember 2014 | Berita Semasa

Pihak Pi1M Kuala Berang telah membuka peluang kepada pengunjung serta orang ramai untuk mengemaskini BR1M bersama Pi1M Kuala Berang, Pihak Pi1M turut membantu read more

klik dengan bijak

15 Nov 2014 | Berita Semasa

Sejajar dengan seruan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah siber, Pihak Pi1M Kuala Berang telah melaksanakan program Klik Dengan Bijak anjuran SKMM read more

MERDEKA RAYA BERSAMA PI1M

30 August 2014 | Berita Semasa

Sebagai menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan Pi1M telah mengadakan sambutan merdeka raya, untuk meraikan semangat aidilfitri yang masih dirasai dan semangat kemerdekaan yang ke 57. Majlis ini telah diadakan pada 30 August 2014 di Pi1M Kuala Berang, majlis ini disertai kira-kira 30 .. read more

MAJLIS BERBUKA PUASA

27 July 2014 | Berita Semasa

Sempena bulan ramadan pihak Pi1M Kuala Berang telah bekerjasama dengan Encik Nasir Awang dengan mengadakan Majlis berbuka puasa..read more

klik dengan bijak bersama kanak-kanak

26 May 2014 | Berita Semasa

Sejajar dengan seruan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah cyber, Pihak PI1M Kuala Berang telah menjalankan taklimat Klik Dengan Bijak di Taska Seri Berang. ... read more

bengkel kain fabrik

25 April 2014 | Aktiviti Terkini

Dengan adanya bengkel ini ,ia dapat menolong seseorang yang minat dalam membuat eksesori mencari sumber pendapatan yang lain . read more

Bengkel felt

16 March 2014 | Aktiviti Terkini

Bengkel felt adalah sambungan daripada bengkel kain fabrik tetapi eksesori ini digunakan dengan kain felt,ia dapat menarik minat seseorang dalam membuat eksesori yang menarik dan mudah.. read more

taklimat jom sihat dengan produk k-link

20 February 2014 | Berita Semasa

Dengan adanya taklimat ini kita dapat mengenal pasti masalah kesihatan yang di alami.Disamping itu perunding kesihatan menawarkan produk K-LINK untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami.. baca selanjutya

aktiviti mewarna sempena sambutan maulidur rasul

26 Januari 2014 | Aktiviti Terkini

Untuk memperingati hari lahir Nabi Muhammad S.A.W dan jasanya dalam menyebarkan islam ia dapat memupuk peserta Sayang dan Cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W . baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti