Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kuala Berang bermula dari pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Berang dan Sungai Terengganu.Sungai Berang bermula dari gunung padang dengan panjang nya lebih kurang 50km melalui kawasan perkelahan Belukar Bukit dan melalui kampung2 seperti Menerung,Pengkalan Ajal,Pasir Pelata,Kampung Buluh dan berakhir bermuarakan Sungai Terengganu.

Sungai Terengganu bermula dari sempadan Besut / Hulu Terengganu yang panjang nya lebih kurang 90km kebandar Kuala Berang tapi sebahagian besarnya adalah Tasik Kenyir dan Sungai Terengganu ini telah pun luput untuk selama2nya. Kampung2 yang paling hulu dilaluinya ialah Jenagor,Dura,Kuala Pueh,Temir dan kampung Gaung,dan disitu lah pertemuan antara Sungai Berang yang Kuala Berang mendapat namanya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


MOBILE TEAM KWSP

Aktiviti Terkini | 8 Disember 2021

Pembukaan kaunter perkhidmatan Kwsp secara percuma dari Team KWSP Cawangan Kuala Terengganu kepada semua komuniti di kuala berang...baca selanjutnya

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti Terkini | 12 & 20 November 2021

Program ini diadakan bersama NZ Bunga Venture kepada pengendali makanan tentang kesedaran mengendali makanan dengan cara yang betul dan selamat. Seterusnya, memberi peluang kepada peserta memperolehi sijil pengendali makanan....baca selanjutnya

KDB SCAM ELAK JADI MANGSA

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kuala Kejir.Live ini diadakan bersama-samad engan PIK Kuala Berang, PIK Bukit Diman & PIK Tengkawang Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut di FB Page masing-masing tentang Jenis- jenis scam yang telah berlaku kepada orang ramai yang sudah terkena...baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI MENGGUNAKAN DIALEK HULU

Aktiviti Terkini | 19 September 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Bukit Diman . Live ini diadakan bersama-sama dengan PIK Kuala Berang, PIK Kuala Kejir & PIK Tengkawang. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut di FB Page masing-masing dimana dialek hulu semakin dilupakan oleh generasi muda....baca selanjutnya

CARA MENDAFTAR MYEG

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2021

Seperti yang semua maklum, di musim pandemic ini kebanyakkan urusan dilakukan melalui temujanji. Namun, dengan menggunakan laman sesawang MYEG, pengguna dapat melakukan segala urusan hanya melalui atas talian...baca selanjutnya

FB LIVE : CARA MEMBUAT LOGO MENGGUNAKAN CANVA.COM

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2021

Logo merupakan satu element penting di dalam perniagaan. Dengan mempunyai logo yang tersendiri, ia dapat meningkatkan tahap professionalism sesebuah perniagaan. Namun bagi mereka yang memulakan perniagaan, tidak mempunyai modal untuk mengupah golongan professional bagi membuat logo. Jadi, dengan menggunakan laman sesawang Canva.com, mereka boleh mencipta logo mereka dengan mudah & percuma.....baca selanjutnya

FB LIVE : SEMBANG SANTAI BERSAMA USAHAWAN ZAMUNI SPA

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2021

Puan Munirah merupakan salah seorang usahawan yang bernaung di bawah PIK Kuala Berang. Seperti sedia maklum, kebanyakkan usahawan terjejas ketika musim pandemic ini. Melalui FB Live ini, sedikit sebanyak dapat menyelami permasalahan Puan Munirah dalam meneruskan perniagaan beliau._1....baca selanjutnya

FB LIVE : CARA MENGIRA KOS JUALAN MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2021

Perkongsian mengenai penggunaan Microsoft Excel bagi pengiraan kos jualan. Dalam live ini, kita dapat mempelajari cara membuat formula dan kira-kira bagi sesuatu produk. Dengan menggunakan Microsoft excel, pengiraan akan lebih mudah & cepat....baca selanjutnya

SESI LIVE BERKENAAN "PANDUAN MENAGANI STRES" YANG MENGGABUNGKAN 3 PUSAT INTERNET KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2021

Penerangan Panduan Menangani Stres, Langkah Mengatasi Stres, Jenis-Jenis Stres & Cara Menyelesaikannya...baca selanjutnya

SESI LIVE BERKENAAN "SEX GROOMING & SEXTING" YANG MENGGABUNGKAN 3 PUSAT INTERNET KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2021

1.penerangan apa itu sex grooming & sexting 2.cara mengatasinya 3.peranan ibu bapa terhadap anak-anak 4.kesan terhadap kanak-kanak dan ibu bapa...baca selanjutnya

ONLINE EDUCATIONAL EXAM

Aktiviti Terkini | 8 Mei 2021

Peperiksaan pendidikan pelajar dalam talian anjuran fakulti...baca selanjutnya

PERASMIAN PRIHATIN DELIVERY CENTER (PDC) DAN PELANCARAN KELAS AL-QURAN BRAILLE

Aktiviti Terkini | 11 April 2021

YBTM merasmikan prihatin delivery center (pdc) dan beramah mesra bersama rider food panda....baca selanjutnya

LAWATAN RASMI YPTM KPDNHEP DATO ROSOL DAN CHAIRMAN MCMC DR FADLULLAH

Aktiviti Terkini | 6 Mac 2021

Lawatan rasmi kerja berjumpa dengan usahawan pusat internet kuala berang...baca selanjutnya

PERASMIAN GOBOK REZEKI FOOD BANK MAJLIS BELIA HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2021

Dilancarkan Untuk Memberi Kemudahan Kepada Golongan Yang Terkesan Dari Sudut Keperluan Harian Sepanjang Pendamik Covid-19...baca selanjutnya

JOM TUISYEN @SPM SUBJEK MATEMATIK

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2021

Memberi Tuisyen Kepada Pelajar Spm...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti