Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kuala Berang bermula dari pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Berang dan Sungai Terengganu.Sungai Berang bermula dari gunung padang dengan panjang nya lebih kurang 50km melalui kawasan perkelahan Belukar Bukit dan melalui kampung2 seperti Menerung,Pengkalan Ajal,Pasir Pelata,Kampung Buluh dan berakhir bermuarakan Sungai Terengganu.

Sungai Terengganu bermula dari sempadan Besut / Hulu Terengganu yang panjang nya lebih kurang 90km kebandar Kuala Berang tapi sebahagian besarnya adalah Tasik Kenyir dan Sungai Terengganu ini telah pun luput untuk selama2nya. Kampung2 yang paling hulu dilaluinya ialah Jenagor,Dura,Kuala Pueh,Temir dan kampung Gaung,dan disitu lah pertemuan antara Sungai Berang yang Kuala Berang mendapat namanya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI BERSAMA KWSP

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2019

Aktiviti ini dapat memudahkan komuniti menyelesaikan urusan KWSP dan mengalakan komuniti membuat pendaftaran online KWSP...baca selanjutnya

BENGKEL KEK VIRAL

Aktiviti Terkini | 24 November 2019

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan bagaimana memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan dan membantu surirumah untuk menjana pendapatan sendiri....baca selanjutnya

KARNIVAL SEBUDI

Aktiviti Terkini | 22 & 23 Oktober 2019

Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta untuk menggunakan kemudahan internet dengan bijak & selamat....baca selanjutnya

KARNIVAL PEKAN BUDAYA HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 05 - 07 September 2019

Majlis turut dihadiri oleh YB. Dr Mamad Puteh selaku ADUN Kuala Berang dan badan-badan NGO. Beberapa agensi kerajaan dan juga swasta turut terlibat dalam menjayakan karnival ini. Pekan Budaya secara lazimnya diadakan setiap tahun dengan tujuan utama adalah mendekatkan rakyat setempat dengan agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang terdapat di sekitar daerah. Kebanyakkan agensi mempamerkan Gerai-Gerai Pameran Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan dan juga swasta. Mereka menjalankan pelbagai aktiviti bagi menarik pengunjung untuk datang ke gerai mereka....baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA DAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2019

- Program Merdeka & Komuniti ini adalah satu program yang diadakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Hulu Terengganu untuk mewujudkan rasa semangat menyambut kemerdekaan di kaangan komuniti dan untuk menggalakkan orang ramai dan pelbagai agensi untuk mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di kenderaan, rumah, bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan sepanjang Bulan Kemerdekaan negara...baca selanjutnya

PROGRAM SUMBANGAN AMAL TABUNG BENCANA MANGSA KEBAKARAN

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2019

Program ini dapat meringankan beban mangsa kebakaran dan memberikan sokongan moral kepada mereka...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2019

Jamuan ini bertujuan meraikan hari raya sempena bulan syawal dan dapat mengeratkan hubungan sesama komuniti...baca selanjutnya

PROGRAM KULIAH RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 15 Mei 2019

Program Kuliah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Taufik Afira ini adalah untuk mengisi bulan ramadhan dengan aktiviti keagamaan dan memuliakan bulan ramadhan dengan kuliah agama...baca selanjutnya

FESTIVAL INTAN DI SMK THAI, KUALA BERANG

Aktiviti Terkini | 20 - 21 April 2019

Program ini bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan tentang fungsi mcmc dan cara penggunaan online dengan selamat...baca selanjutnya

SEMINAR KAWALAN KENDIRI

Aktiviti Terkini | 18 April 2019

Program ini memberi kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa tentang cara menggunakan dunia online secara berhemah dan selamat....baca selanjutnya

PROGRAM HARI WANITA

Aktiviti Terkini | 13 April 2019

Petugas Pusat Internet bertugas sebagai urusetia di program “Women Day” bagi membantu melancarkan perjalanan program...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TENGKU AMPUAN INTAN

Aktiviti Terkini | 06 Mac 2019

Program ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan yang dihadiri seramai 513 orang pelajar. Mereka didedahkan tentang keselamatan dalam penggunaan internet, keprihatinan terhadap pengguna lain dan cara membanteras jenayah siber yang kini kerap menjadi isu terhangat di media sosial. Pelbagai aktiviti menarik turut sediakan seperti Balang Beracun di mana pelajar perlu mengeluarkan satu soalan dalam balang tersebut dan menjawab soalan tersebut. Jawapan yang betul dikira sebagai pemenang. Majlis ini berlangsung selama dua jam pada sebelah petang dan diakhiri dengan penyampaian hadiah....baca selanjutnya

Program Keusahawanan Bersama Mary Kay(Kecantikan)

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2019

Penerangan mengenai Asas Keusahawanan seperti jualan atas talian dan memberi pendedahan serta kesedaran mengenai penjagaan dan penampilan diri....baca selanjutnya

Bengkel TTT Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 17 Januari 2019

Penerangan dan taklimat mengenai modul klik dengan bijak dan juga taklimat tatacara penyampaian klik dengan bijak....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti