Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kuala Berang bermula dari pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Berang dan Sungai Terengganu.Sungai Berang bermula dari gunung padang dengan panjang nya lebih kurang 50km melalui kawasan perkelahan Belukar Bukit dan melalui kampung2 seperti Menerung,Pengkalan Ajal,Pasir Pelata,Kampung Buluh dan berakhir bermuarakan Sungai Terengganu.

Sungai Terengganu bermula dari sempadan Besut / Hulu Terengganu yang panjang nya lebih kurang 90km kebandar Kuala Berang tapi sebahagian besarnya adalah Tasik Kenyir dan Sungai Terengganu ini telah pun luput untuk selama2nya. Kampung2 yang paling hulu dilaluinya ialah Jenagor,Dura,Kuala Pueh,Temir dan kampung Gaung,dan disitu lah pertemuan antara Sungai Berang yang Kuala Berang mendapat namanya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KOMUNITI 1 MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 09 Disember 2016

Tujuan program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti setempat dan mempromosi program Advokasi kepada umum....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM KEUSAHAWAN BERSAMA MARY KAY (KECANTIKAN)

Aktiviti Terkini | 11 November 2016

Pusat Internet telah mengadakan program Bengkel Asas Kecantikkan bersama dengan Mary Kay dalam usaha memberi pendedahan serta kesedaran mengenai penjagaan dan penampilan diri... baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Program Advokasi

Aktiviti Terkini | 01 Oktober 2016

Program Advokasi Klik Dengan Bijak dan kesedaran mengenai Mobile e-Waste telah dijalankan disekitar sekolah berhampiran dengan Pusat Internet... baca selanjutnya

PEPERIKSAAN RADIO AMATEUR KALI KE-3

30 September 2016 | Aktiviti Semasa

Pada 30 September 2016 sekali lagi peperiksaan Radio Amateur telah dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Berang yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM). Seramai 10 orang peserta mengambil peperiksaan pada hari tersebut...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

27 Ogos 2016 | Aktiviti Semasa

Sebagai meraikan hari kemerdekaan Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Berang telah mengadakan sambutan Hari kemerdekaan pada 27 Ogos 2016. Sambutan ini dijalankan bagi meraikan bulan kemerdekaan bersama-sama pengunjung PI1M... baca selanjutnya

PEPERIKSAAN RADIO AMATEUR KALI KE-2

26 Ogos 2016 | Aktiviti Semasa

Pada 26 Ogos 2016 sekali lagi peperiksaan Radio Amateur telah dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Berang yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM). Seramai 10 orang peserta mengambil peperiksaan pada hari tersebut... baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN

1 Julai 2016 | Aktiviti Semasa

Pada 1 Julai 2016, Jumaat, satu bengkel keusahawan dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Berang. Kursus ini dijalankan bagi melatih para usahawan untuk memberi pendedahan serta kesedaran mengenai penjagaan dan penampilan diri. baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASIN DI PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KUALA BERANG

3 Jun 2016 | Aktiviti Semasa

Pada 3 Jun 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Berang telah menganjurkan majlis bacaan Yasin sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba. baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KUALA BERANG

28 Mei 2016 | Aktiviti Semasa

Kuala Berang, 28 Mei 2016, masyarakat setempat di kawasan Kuala Berang kini berpeluang menikmati kemudahan internet jalur lebar secara kolektif melalui Pusat Internet 1Malaysia yang diwujudkan di Kuala Berang,Terengganu, di bawah inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP), yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). baca selanjutnya

Peperiksaan Radio Amateur

27 Mei 2016 | Aktiviti Semasa

Pada 27 Mei 2016 satu peperiksaan Radio Amatuer telah dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Berang yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM). Seramai 9 orang peserta mengambil peperiksaan pada hari tersebut. baca selanjutnya

Pertandingan Melukis Microsoft Paint

23 April 2016 | Aktiviti Semasa

Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Berang telah mengadakan satu pertandingan melukis “ Aplikasi Microsoft Paint”. Penyertaan dibuka dari umur 10-13 tahun. Sebelum perlaksanaan aktiviti ini peserta telah dilatih terlebih dahulu. Seramai 16 peserta mengambil bahagian didalam pertandingan ini... baca selanjutnya

Bengkel Video Editing and Special Montage Effect Training

13 -14 April 2016 | Aktiviti Semasa

Pada bulan April , pihak pengurusan CCMSB telah mengadakan 1 bengkel video yang dihadiri oleh sebahagian staff Pusat Internet 1 Malaysia. Bengkel ini diadakan bagi melatih staff Pusat Internet untuk menghasilkan video mereka sendiri... baca selanjutnya

Q’BER FOOD FEST

19 Mac 2016 | Aktiviti Semasa

Program ini dianjurkan oleh Pelajar Tahun Akhir Politeknik Hulu Terengganu. Pusat Internet 1 Malaysia telah mengambil bahagian didalam program yang berbentuk kebudayaan iaitu... baca selanjutnya

PI1M PROMO

28 Februari 2016 | Berita Semasa

Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Berang telah menjalankan aktiviti hebahan di Politeknik Hulu Terengganu, dengan mensasarkan kepada pelajar dan kakitangan Politeknik Hulu Terengganu. Program ini berfungsi sebagai... baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA PELAJAR PDK 2016

27 Januari 2016 | Berita Semasa

Satu kerjasama telah dijalankan bersama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kuala Berang (PDK), antara kerjasama yang dirancang adalah latihan ict secara percuma... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan. baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti