Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kuala Berang bermula dari pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Berang dan Sungai Terengganu.Sungai Berang bermula dari gunung padang dengan panjang nya lebih kurang 50km melalui kawasan perkelahan Belukar Bukit dan melalui kampung2 seperti Menerung,Pengkalan Ajal,Pasir Pelata,Kampung Buluh dan berakhir bermuarakan Sungai Terengganu.

Sungai Terengganu bermula dari sempadan Besut / Hulu Terengganu yang panjang nya lebih kurang 90km kebandar Kuala Berang tapi sebahagian besarnya adalah Tasik Kenyir dan Sungai Terengganu ini telah pun luput untuk selama2nya. Kampung2 yang paling hulu dilaluinya ialah Jenagor,Dura,Kuala Pueh,Temir dan kampung Gaung,dan disitu lah pertemuan antara Sungai Berang yang Kuala Berang mendapat namanya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BENGKEL KEUSAHAWANAN & ICT BERSAMA MPKK DUN KUALA BERANG

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2018

Bengkel ini memberi latihan asas ICT memfokuskan kepada pengenalan Microsoft Word...baca selanjutnya

TTT PROGRAM PEMBANGUNAN KAPASITI ADVOKASI 2018/2019

Aktiviti Terkini | 24 - 25 November 2018

Program ini diikuti oleh pengurus dan penolong pengurus yang dipilih serta akan diberi latihan intensif kandungan baru advokasi MCMC di samping menyediakan saluran maklumbalas komuniti terhadap keberkesanan penyampaian mesej-mesej utama advokasi....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018

Program Roadshow ini bertujuan menjual phone vivo melalui promosi harga rendah & percuma pakej internet yang berbaloi selain melakukan pelbagai aktiviti/program sekeluarga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk/komuniti...baca selanjutnya

PROGRAM TAUTAN KOMUNITI KUALA BERANG BERSAMA TNB

Aktiviti Terkini | 08 September 2018

Aktiviti sukaneka dan pelbagai pertandingan untuk golongan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang dianjurkan oleh TNB kepada penduduk kampung setempat...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN BERSAMA PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2018

Sambutan ini dapat mengeratkan hubungan staff pi1m dengan pengunjung dan sekali gus memberi pendedahan tentang keselamatan melayari internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SM AGAMA MAHMUDIAH KUALA BERANG

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Satu sesi taklimat ringkas mengenai pendedahan tentang keselamatan melayari internet secara selamat serta cara-cara mengelakkan diri dari terjebak dengan jenayah siber. Selain itu sesi kuiz bersama pelajar diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang mengikuti program ini....baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN (TUPPERWARE)

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Program ini adalah kerjasama Pusat Internet Hulu Terengganu dengan Tupperware bagi mengadakan bengkel usahawan kepada usahawan sekitar Hulu Terengganu. Bengkel ini banyak membantu usahawan dalam meningkatkan kepakaran mereka dalam mempromosikan produk mereka. Mereka juga diajar tentang teknik-teknik menjalankan perniagaan mereka secara atas talian. Bengkel ini diadakan selama 4 jam dan diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan kecil-kecilan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet....baca selanjutnya

VIDEO KLUSTER - USAHAWAN BARANGAN VANTAGE

Aktiviti Terkini | 07 Mei 2018

Aktiviti ini adalah untuk menjalankan pengambaran video usahawan yang menjalankan perniagaan barangan vantage di rumah usahawan Padang Setengge, Kuala Berang...baca selanjutnya

VIDEO KLUSTER - LANDAK

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Aktiviti ini adalah untuk merakam dan menemuramah usahawan tentang hidupan landak, cara hidup, cara penjagaaan, harga landak di pasaran, cabaran bisnes landak dan harapan usahawan di masa hadapan....baca selanjutnya

JELAJAH SEBENARNYA.MY - FORUM BICARA PERDANA BERITA PALSU MUSUH NEGARA

Aktiviti Terkini | 13 April 2018

Ceramah agama berkaitan dengan tujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan dalam memilih berita, dan mengesahkan kandungan maklumat sebelum berkongsi. Fokus adalah kepada aktiviti Forum Bicara Perdana dengan topik “Berita Palsu Musuh Negara” yang akanmembariskan penceramah-penceramah selebriti tersohor seperti Sohibus Somahah Ustadz Dato’ Dr Mohd Izhar serta Ustadz Zakaria Othman yang akan berganding bahu mengupas lanjut topik tersebut. Forum akan turut diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang kita sanjungidan sayangi merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Jailani bin Johari, yang akan turut menyampaikan amanat beliau....baca selanjutnya

MALAM SEJATI MELAYU BERSAMA DENDANG ANAK

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2018

Program bersama komuniti yang mellibatkan aktiviti dan seni persembahan kebudayaan. Kumpulan Dendang Anak mempersembahkan seni budaya “Tradisional Masyarakat Melayu” yang terletak di perkampungan Jenagor Kuala Berang. Kluster Hulu Terengganu turut diundang untuk menjalakan rakaman video persembahan Dendang Anak....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN GAZBIYYA SPA

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Majlis Perasmian Gazbiyya Spa adalah untuk memperkenalkan produk usahawan di daerah Hulu Terengganu. Pemilik Gazbiyya Spa juga merupakan salah sorang ahli Pi1M dan terlibat dalam pembikinan video kluster Hulu Terengganu.Disamping itu,pihak Pi1M juga membuka booth untuk memyampaikan maklumat kepada pengunjung mengenai penggunaan internet secara berhemah...baca selanjutnya

MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA PI1M HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Seramai 32 usahawan mengikuti program ini, program yang dijalankan adalah membuka booth jualan oleh usahawan PI1M Daerah Hulu Terengganu, selain itu juga terdapat program prtandingan mewarna kanak-kanak dan juga fashion show oleh bridal tempatan....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti